Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu vs Twilight...



Pada Tawangan pertama 1.12.2011..Wahh...Ombak Rindu bermula di pawagam...Pppffttt..orang memang berpusu-pusu membeli tiket..Aku juga tidak ketinggalan...Oleh kerana Alongku ni memang obses dengan novel2..maka ku jadikan dia teman untuk menonton Ombak Rindu ini......Sebenarnya aku memang tak pernah bace lagi Novel ni...Tapi biarlah aku katamkan saja di panggung wayang..hahhaha..Bile tengok Ombak Rindu punye Trailer berombak2 pulak aku nak ke pawagam...Actually agak lama juga aku tak tegok muvie ni...Lantas ku ke panggung wayang yang berdekatan...Jasko TC...hamoiii..tiket harini sorang rm12 hingget hokey!!Sekali time nak pilih seat..hambek ko...depan sekali...Adehhhh...nak tak nak terpakse lah ku relakan jua....

yeayyy..bukti dah dapat tiket hokey...

wayang start bukul 8.20 malam...Punyalah ramai orang mau tengok cerita TerHot ni...hahahha.....Hadoiii..juling bijik mataku duduk depan ni..Seat C pulak tu...Layannnzzzz...

Okay kat sini aku just bagi sinopsis Ombak Rindu ni...nak cerita panjang sangat..so baca ye...
Sinopsis Ombak Rindu:
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Setelah 2jam berada di panggung akhirnya aku keluar dengan mata yang merah & bengkak2...Berlawan air mata ngan Along ku pula...hahhaha..Mungkin pendapat aku dengan orang lain tak sama..Tapi aku memang tersentuh lagi2 bila teringatkan Arjuna..memang sepanjang citer tu fikiranku melayang2 teringat Arjuna..Biasenya dia berada di sebelah bila tengok wayang....Lagi2 bile tengok Aaron Aziz..terpanggil2 rase tu....Aku ridukan Arjuna.....=( Selepas selesai kami pulang terus dengan mata yang bengkak2 itu...

Taraaaaa....alolololo..sadisnya muka kan.....Kesian!!!Ni nanes sebab teringat Arjuna bukan sebab citer tu sangat kan??hhahaa..

Aku suke sangat lirik lagu Ombak Rindu tu...Syahdu & menyentuh Qalbu....

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Kemudian Pada hari yang lain pule aku layan citer febret jugak heronya Edward Cullen...hadoiiii..bisa cair bila melihat wajahnya...Romentiknya..bisakah aku dapat suami yang bergitu..rimas pun ade gakk..Ehhhh,,,tapi aku sukerrr....hahhahahah...Finally Edward kawin jugak ngan Bella...mana bule Vempier kawen dengan manusia kan???So kalau nak tau citer tu kene tengoklah..aku memang layan dari 1st muvie sampai yang ke-3 ni...Jacob pun encem jugakk...Cair2....hahahhaha..dasar mata keranjang betoii.....hhhhaha...Bile tengok pict kat atas tu dah terase satu perasaan...Feeling2 gitu...haaiiizzz..Edward Cullen yang di gilai ramai..termasuk aku lar..Bella Anne...