Tuesday, January 1, 2013

1.1.13~

1.1.13~
Hari ini..
Aku cuba lari dari kesesakan ‘lalu-lintas hati".
Bersimpang siur pelbagai ‘kenderaan rasa’ mencari destinasi.
Ada yang tahu hala tuju.
Ada yang tak menentu.

Di tengah kekalutan itu aku berdiri di tengah-tengahnya sendiri.
Mencari palang tanda yang mampu menunjukkan destinasi.
Lampu trafik lamanya pada warna merah,hanya sebentar pada warna hijau sesudah kuning.
Apa yang cuba disampaikan buatku berpinar dan pening.
Terlalu banyak yang perlu di’berhenti’kan,terlalu sedikit yang perlu di’terus’kan?
Ah,pentafsiranku sering menyesakkan fikiran.

Tenang..
Pejamkan mata.
Hirup udara sedalamnya.
Hembus keluar semua karbon dioksida.
Dongakkan kepala.
Lihat ke atas.
Langit biru maha luas.

Di celahan awan terpancar cahaya.
Cahaya yang cukup terang hingga aku perlu ‘mengecilkan’ mata dan mengangkat tangan menahan silaunya.
Saat itu,kala silau membutakan sebentar mataku,aku mampu lihat sesuatu..

Harapan.
Harapan ibuku..
Harapan ayahku..
Harapan adik-adikku..
Harapan keluargaku..
Harapan ‘dia’ yang bakal kutemu..
Harapan semua padaku..
Terbit satu ‘rasa baru’.

Rasa mahu menjadi ‘insan baru’ yang mampu menggembirakan hati semua yang bersama dan akan bersamaku.

Ya Allah,aku merayu padaMu..
Bantu aku.
Jangan Kau tinggalkanku walau sedetik waktu.
Kerana aku tahu kelemahanku.
Kau tahu kelemahanku.
Kekuatanku hanya dariMu.
Bantu..
Bantu aku untuk aku bantu semua yang kau temukan denganku..

Terima kasih Tuhanku.

#Rindu agak stgh tahun ku biarkn blog ku berabuk..berdebu tanpaku singgah...Inshaallah akn ku perbnykkn tulisanku disana..~

Tahun Baru 2013~

    Dear past, thanks for all the lessons.*Tears* Dear future, I’m ready..Happy New Year everyone. Wish you unlimited happiness of life. May peace rule your heart and may prosperity rule your life in this New Year...Chill~

    #Love & be love,:)


    Ya Allah lamanya ku biarkan blog kesayangan ku ini bersarang berabuk..Hakkkcummmm......Semoga lebih banyak lagi penulisan ku di tahun baru ini...Amin..