Serasa seakan baru semalam..
Aku berada dalam kantung buaian dibuai Ibu sehingga dapat kulihat ibu tersengguk-sengguk menahan kantuk.
Serasa seakan baru semalam..
Aku merangkak,bertatih,berjalan,berlari,terjatuh dan bangun,jatuh dan bangun,jatuh dan bangun.
Serasa seakan baru semalam..
Aku belajar A B C dan 1 2 3.
Serasa seakan baru semalam..
Aku dirotan Ibu kerana tergagap-gagap membaca Muqaddam; alif ba ta.
Serasa seakan baru semalam..
Aku tidur dengan kucupan ibu berserta bisikan doa tidur dan kalimah syahadah.
Serasa seakan baru semalam..
Aku disiapkan untuk ke sekolah, disikat rambut dengan minyak Johnson agar tampak cantik..
Serasa seakan baru semalam..
Aku ketawa gembira melihat telatah adik-adikku yang baru kusedar kian membesar.
Serasa seakan baru semalam..
Aku menangis bila ibu enggan membelikanku mainan yang kusuka.
Serasa seakan baru semalam..
Aku berbual mesra berkongsi rasa bersama rakan-rakan sejiwa yang tiada lagi bersama.
Serasa seakan baru semalam..
Aku jatuh cinta pada dia yang amat sukar untuk zahirkan rasa namun kutahu hatinya selembut sutera.
Serasa seakan baru semalam..
Aku belajar mengenal rupa-rupa manusia dalam topeng pura-pura.
Serasa seakan baru semalam..
Aku tahu teman saat sukar hanya 1:20 nisbahnya.
Serasa seakan baru semalam..
Aku sedari kekayaan materi tiada erti tanpa berkongsi dan memberi.
Serasa seakan baru semalam..
Aku mengira usiaku yang telah pergi dan apa yang telahku beri pada semua sepanjang hidupku.
Serasa seakan baru semalam..
Aku berteleku lama memikirkan ke mana penghujungnya hidupku.
Serasa seakan baru semalam..
Aku tahu cinta adalah titik tolak kehidupan yang hadirnya mampu
menidakkan segala kesakitan dan memberi sejahtera dan harmoni pada hati.
Jangan nanti buat kesekian kalinya aku bermonolog, akukan bermula lagi dengan:
“Serasa seakan baru semalam..
Aku meninggal dunia”
..kerana saat itu sudah tiada gunanya lagi segala usaha, tempoh masa pinjamannya sudah tamat diguna.
Hamba,
EIMS..
P/s :
Ya Rob’..biarlah dengan bertambahnya usiaku ini aku lebih dekat
denganMu,lebih patuh padaMu dan lebih sedar akan hadirnya maut itu tidak
mengira masa dan usia kerana hakikatnya semua ini hanya pinjamanMu
semata..
P/s 2:
Terima kasih kepada semua yang "mengingatkanku" perihal Angka & Usia..
P/s 3:
Kamu,mampir setapak padaku.Tak mengapa jika kau lambat.Aku tunggu..
Jika waktu boleh ku putar.. Kan ku ulang sekali lagi... Semua yang baik tuk dikenang.. Takan ada Kesalahan tuk diBenci.. Takan ada Luka, dan rasa Bersalah.. Semuanya akan tetap Indah.. Seaindainya ku bisa...
Tuesday, January 15, 2013
HBD to me..=)
Banyak ucapan Selamat Hari lahir aku terima dari pukul 12.00 mlm tadi sampai lar ke petang harini..Ya Allah..bertambah umurku lagi...Tiada sebarang perubahan yang berlaku..Namun ku bersyukur masih di beri peluang untuk menikmati kehidupan....Azam tahun 2013 ni......seperti di bawah..tak taulah tercapai ke idak...Aku hanya mampu berdoa...=)
Thanks for all the #Birthday #wishes and Aminnn to all the lovely #prayers...Is just a number, Your mind and soul's age is the Important!!ALWAYS BE YOUNG INSIDE....:)✌
-Love And Be Love..-
Harini pergi kerja seperti biasa..agak lain dari tahun2 sebelumnya..Kerana tahun ni aku sambut besday di tempat baru..Tiada kiriman bunga ku dapat sepanjang harini...tapi aku agak 'Steady" jer..Besday gurl katenya...Alhamdullilah dapat pezen dari 'office mate'..Hadiah pertama..Terharu....=)
Rezekiku dapat blouse..Cantik..since aku pun dah lama tak soping baju2..gumbiralah rase hati...dapat frame lagi...Wahhh....Terima kasih Cik Nim....tears**
Mase cepatnya berlalu...macam2 rase ade...ku cuba kuat kan hati kerana tahun ini tahun aku kena berdiri di kaki sendiri...mengharungi segalanya sendri...Masih belum jumpa lagi 'Teman Pengganti' Semoga DIA selalu mendergar Permintaan Hatiku...Amin...
**# Ya Rob’..biarlah dengan bertambahnya usiaku ini.. aku lebih dekat denganMu,lebih patuh padaMu dan lebih sedar akan hadirnya maut itu tidak mengira masa dan usia kerana hakikatnya semua ini hanya pinjamanMu semata....
Subscribe to:
Posts (Atom)