Tuesday, January 15, 2013

Angka,Usia,Cinta dan Nyawa..`

Serasa seakan baru semalam..
Aku berada dalam kantung buaian dibuai Ibu sehingga dapat kulihat ibu tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Serasa seakan baru semalam..
Aku merangkak,bertatih,berjalan,berlari,terjatuh dan bangun,jatuh dan bangun,jatuh dan bangun.

Serasa seakan baru semalam..
Aku belajar A B C dan 1 2 3.

Serasa seakan baru semalam..
Aku dirotan Ibu kerana tergagap-gagap membaca Muqaddam; alif ba ta.

Serasa seakan baru semalam..
Aku tidur dengan kucupan ibu berserta bisikan doa tidur dan kalimah syahadah.

Serasa seakan baru semalam..
Aku disiapkan untuk ke sekolah, disikat rambut dengan minyak Johnson agar tampak cantik..

Serasa seakan baru semalam..
Aku ketawa gembira melihat telatah adik-adikku yang baru kusedar kian membesar.

Serasa seakan baru semalam..
Aku menangis bila ibu enggan membelikanku mainan yang kusuka.

Serasa seakan baru semalam..
Aku berbual mesra berkongsi rasa bersama rakan-rakan sejiwa yang tiada lagi bersama.

Serasa seakan baru semalam..
Aku jatuh cinta pada dia yang amat sukar untuk zahirkan rasa namun kutahu hatinya selembut sutera.

Serasa seakan baru semalam..
Aku belajar mengenal rupa-rupa manusia dalam topeng pura-pura.

Serasa seakan baru semalam..
Aku tahu teman saat sukar hanya 1:20 nisbahnya.

Serasa seakan baru semalam..
Aku sedari kekayaan materi tiada erti tanpa berkongsi dan memberi.

Serasa seakan baru semalam..
Aku mengira usiaku yang telah pergi dan apa yang telahku beri pada semua sepanjang hidupku.

Serasa seakan baru semalam..
Aku berteleku lama memikirkan ke mana penghujungnya hidupku.

Serasa seakan baru semalam..
Aku tahu cinta adalah titik tolak kehidupan yang hadirnya mampu menidakkan segala kesakitan dan memberi sejahtera dan harmoni pada hati.

Jangan nanti buat kesekian kalinya aku bermonolog, akukan bermula lagi dengan:
“Serasa seakan baru semalam..
Aku meninggal dunia”
..kerana saat itu sudah tiada gunanya lagi segala usaha, tempoh masa pinjamannya sudah tamat diguna.

Hamba,
EIMS..

P/s :
Ya Rob’..biarlah dengan bertambahnya usiaku ini aku lebih dekat denganMu,lebih patuh padaMu dan lebih sedar akan hadirnya maut itu tidak mengira masa dan usia kerana hakikatnya semua ini hanya pinjamanMu semata..

P/s 2:
Terima kasih kepada semua yang "mengingatkanku" perihal Angka & Usia..

P/s 3:
Kamu,mampir setapak padaku.Tak mengapa jika kau lambat.Aku tunggu..

No comments: