Jika waktu boleh ku putar.. Kan ku ulang sekali lagi... Semua yang baik tuk dikenang.. Takan ada Kesalahan tuk diBenci.. Takan ada Luka, dan rasa Bersalah.. Semuanya akan tetap Indah.. Seaindainya ku bisa...
Sunday, December 19, 2010
Jalan2 sampai Kukup...
Selepas melawat Muzium Nenas saia bersama Teman teruskan perjalanan untuk ke Kukup pula...Tempat ni pun saia belum sampai seumur hidup saia...Cuaca sangat panas hari ni..sebelum sampai ke destinasi yang sebenar saia singgah di satu tempat ni...Cube teka ape nama tempat ni???teeettt..time up..ni di Kelab Golf kukup....Santek dan unik arca ni kan..
Panas2 pun saia sempat lagi take pict kat padang golf ni....Santek kan..Ku lihat hijau...mate pun da berpinar2 pasal panas sangat...Dan pun kami teruskan perjalanan ke destinasi yang nak d'tuju..
Kukup terkenal sebagai perkampungan nelayan. Ini kerana sejak pertengahan kurun ke 19, Kukup terdiri daripada petani dan nelayan yang kebanyakan terdiri dari keturunan Bugis.
Jika pengunjung datang ke sini, pastikan mencuba pelbagai masakan makanan laut terutama masakan Ketam Masak Sambal yang cukup sedap dan menyelerakan. Beberapa restoran adalah terletak berhampiran jeti di mana membolehkan pengunjung menjamu selera sambil menikmati keindahan permandangan laut yang terbentang luas. Selain itu, pegunjung boleh menyewa bot dan melawati kelong di mana terdapat pelbagai jenis ketam dan ikan dipelihara secara komersil di dalam sangkar. Kraftangan dan makanan seperti keropok, belacan dan cencaluk juga ada dijual di sini.
Sampai sudah saia di Pekan Kukup...Terasa macam di Bukit kayu Hitam pulak kan tempat ni..banyak jualan2...
berada di Terminal Feri antarabangsa Kukup salah satu cara untuk pergi ke Indonesia,Batam..kat sini gamai ler orang Indonesia yang baru sampai dan nak pulang...
Sebelum balik saia tak ketinggalan membeli buah tgn..hmmmm..hedapnye asam ni..murah lagi!!saia pn ade beli jajan sotong..macam2 jajan ade kat sini..Alahai..tak sempat nak mamam ABC yang glame kat sini sebab nak teruskan perjalanan ke Taman Negara Johor~Tanjung Piai pulak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment