Sunday, December 19, 2010

Taman Negara Johor ~ Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.
Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.
Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai.
Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu.





Ia membentuk satu-satunya koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dan tanah lembap Sungai Pulai. Terdapapt lima buah sungai merentasi Taman Negeri Tanjung Piai. Paya bakau di Taman Negeri ini adalah contoh biasa Rhizophora apiculata-Bruguiera cylindrical yang kebanyakannya terdapat hutan pantai. Dataran lumpur ini walaubagaimanapun adalah luas, terutama di bahagian selatan Tanjung Piai. Lima spesis burung air besar dan 7 spesis burung pantai dilihat mencari makan di mudflats ini. Paya bakau Tanjung Piai telah dipulihara sebelum ini untuk melindungi kawasan pantai, kerana kawasan-kawasan pedalaman berhampiran adalah tanah-tanah ladang yang digunakan untuk bercucuk tanam.
Batas-batasan dibina di sepanjang timur dan barat pantai Tanjung Piai untuk melindungi tanah kebun dari dibanjiri oleh air masin. Kehadiran ombak telah menghakis Tanjung Piai di mana tepian pantai bakau berkurangan kepada 50 meter di beberapa bahagian. Taman Negeri Tanjung Piai adalah kediaman kepada kira-kira 20 spesis tumbuhan bakau sebenar, dan juga kepada lagi 9 spesis bakau berkaitan, yang menunjukkan kadar kepelbagaian spesis yang tinggi.
Sampai suda saia di Taman Negara Johor ni..ramai juge orang2 yang datang kat sini..tenang sambil menghirup udara yang nyaman...
                                                   Antara tumbuh2han yang terdapat di sini..
Sejarah
Sebelum menjadi taman Negara, ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sg Pulai di bawah Jabatan Perhutanan PM. Johor National Parks Corporations ditubuhkan di bawah Akta JNPC 1989 untuk menguruskan taman-taman Negara di Johor. Tanjung Piai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. Kajiselidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Taman ini telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Akhirnya, ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004..



Begini lar serba sedikit citer tentang Taman Negara Johor ni...Tenang jep gasenye ala2 Redup2 Kerinduan gitu ngn bunyi2an binatang yang ade....antara binatang yang ade seperti:
Dusky Leaf Monkey (Presbytis obscura)
- Long-tailed Macaque (Macaca fascicularis)
- Wild Pig (Sus scrofa)
- Smooth Otter (Lutra perspiicillata)Fiddler Crabs
- Siput mata merah
- Siput Timba/ Nerita (Nerita sp)
- Berongan (Telescopium telescopium)
- Lokan
- Mud lobster (Thalassina anomala) dan macam burung pun ade,ular dan banyak lagi..eeee..takutnye..tapi sonot..heheeh...


Berhenti sebentar....fuhhh..fenat2...peloh2 suda..lagi sikit lagi saia nak sampai ke penghujung Selatan  Tanah Besar Asia ni...



Yeeeaayyy..yehuuu..yabedabeduuuu....akhirnye saia sampai juge walaupun penat....besh2...tengok peta dunia tu!!
Seb bek ade angin bertiup..Nyaman jep gase...penat hilang sikit!!tapi jap lagi nak patah alik lak..atoiii..aii..Niway Santek kan tempat ni....hmmmm...


                 
                                                   i came,i saw,i conquered..




Tamat lah sudah pengembaraan saia pada hari ni...fuhhh..penat sangat gasenye..tapi sonok sangat sebab banyak tempat yang saia lawati..(da macam rombongan skola lak an..~ahaks) dan banyak yang saia dapat tau dan pelajari..KENANGAN TERINDAH BERSAMA~
 

 Terima Kasih dan jumpe lagi....