Inilah poster filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU dan di bawah arahan Yusry Abdul Halim. Tengok poster pun mantap, harap filemnya pun mantap gak aa. Sekali tengok posternya macam pirates of the caribbean pun ade.
Inilah Filem yang di tunggu2 yang bakal menggegarkan pawagam pada 10/3/2011..Dan aku tak ketinggalan menonton bersama rakanku...Ok lar not bad da cam filem omputeh jerkan..waaaa...dasyat...dasyat...
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.
Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional, terdapatlah berbagai-bagai hasil sejarah, daripada yang palingterkenal kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin, Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.
Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Nusantara, pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan disanhsikan apabila muncul orang Barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang menjadi jiran. Ini adalah sebahagian daripada taktik Barat memecahkan negeri-negeri Melayu daripada bersekutu menentang kemaraannya.
Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.
Ringkasan Cerita HMM
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM
Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.
Setakat ini bagi hak edaran luar negara, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.
CEO Epic Pictures Patrick Ewald yang bertindak selaku ejen jualan KRU Studios berkata, “Sambutan luar biasa ini hanya berdasarkan poster dan juga klip 8 minit adegan aksi yang dipetik dari filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menonjolkan kualiti penerbitan lagak ngeri, aksi CGI dan set bertaraf dunia.Setakat ini bagi hak edaran luar negara, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.
CEO Epic Pictures Patrick Ewald yang bertindak selaku ejen jualan KRU Studios berkata, “Sambutan luar biasa ini hanya berdasarkan poster dan juga klip 8 minit adegan aksi yang dipetik dari filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menonjolkan kualiti penerbitan lagak ngeri, aksi CGI dan set bertaraf dunia.
No comments:
Post a Comment