Jika waktu boleh ku putar.. Kan ku ulang sekali lagi... Semua yang baik tuk dikenang.. Takan ada Kesalahan tuk diBenci.. Takan ada Luka, dan rasa Bersalah.. Semuanya akan tetap Indah.. Seaindainya ku bisa...
Thursday, March 17, 2011
Muzium Kota Johor Lama...
Jalan menuju masuk ke Kota Johor Lama...Sangat tenang dengan pokok2 dan tumbuhan hijau...
>>13/3/2011~Ahad>>> Destinasi seterusnye ialah aku ke Kota Johor Lama..waaahh..first time pegi ni..heheheh...layan jer lar yer...
Kota Johor Lama terletak di tebing kiri sungai Johor iaitu kira-kira 27 km bandar Kota Tinggi. Jika melalui Desaru dan memasuki Teluk Sengat mengambil kira-kira 30 km. Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan Johor kedua 1528-1564). Baginda telah membina sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambak dengan tanah yang kini dikenali sebagai Kota Johor Lama. Salah satu batu yang digunakan adalah batu karang yang diambil dari dasar laut. Binaan kubu ini dikatakan sangat kukuh hingga tidak mudah pecah apabila terkena peluru meriam musuh. Malah binaan kubu yang berada di tebing sungai yang curam menyukarkan tentera musuh untuk mendaki. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat hingga dapat mematahkan serangan Acheh dan Portugis beberapa kali.
Inilah kubu pertahanan yang di bina...
~Terdapat pelbagai cerita seperti Pemerintahan, perdagangan dan peperangan di Kota Johor Lama..
~Kota2 pertahanan di sepanjang Sungai Johor..
~Taburan nisan Achech di daerah Kota Tinggi..
~Kajian Arkeologi yang dijalankan di Kota Johor Lama..
Pusat Infomasi Muzium...
Banyak pengetahuan di pelajari...layanan yang baik..dan kalau boleh di letakkan lebih banyak galeri untuk lebihkan pengetahuan...
bergambar di kubu pertahanan...
Pertama kali juga aku menjejakkan kaki ke sini....huhuhuhu...walaupun tak lah baper jauh dari kampungku..Tenkiu MRB kerana bawak ke tempat sejarah...
Dan destenasi seterusnya ialah Taman Buaya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tmpt nie best giler..
bru jew abes prgram kluarge angkat kt sni 3 ari..
org kmpung pun best..
sronok la..
sjrah yg akan dkenang..
=)
Post a Comment