>>13/3/2011~Ahad>>Harini MRB bawak aku jenjalan di sekitar Kota Tinggi..ahahahah.tempat kelahiranku...Sampai2 jer kat Kota Tinggi aku bercadang nak gi Muzium Kota Tinggi..Walaupun da masuk 29 taun aku lalu lalang kat sini..dan Hari ini Dalam Sejarah bile aku dapat jugak masuk Muzium ni..
Muzium ini yang dibina pada tahun 1997 menelusuri sejarah Kesultanan Johor. Tapak muzium ini dipilih oleh kerana kepentingan sejarahnya sebagai pusat Kesultanan Johor lama.
Kawasan lembah Sungai Johor juga merupakan tempat bermulanya era baru Kesultanan Melayu setelah kejatuhan Melaka kepada pihak Portugis pada tahun 1511.
Di sinilah juga tempat di mana penulis agung, Tun Sri Lanang menulis ‘Sejarah Melayu’, sebuah naskah masyhur yang merekodkan kegemilangan Melayu.
Antara bahan-bahan pameran yang terdapat di Muzium ini termasuklah paparan sejarah gemilang Sungai Johor, bermula dari pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II sehingga Sultan Mahmud Shah II.
Kisah Sultan yang terbunuh ketika dijunjung merujuk kepada Sultan Mahmud Shah II. Bagindalah yang kerap kali dirujuk dalam buku sejarah sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.'
Kagumi juga lukisan-lukisan lama, diorama sejarah, peralatan senjata, serta berbagai lagi pameran lain yang menarik di muzium ini.
terdapat pelbagai jenis tembikar di sini..tembikar pada zaman dulu2....
haaaa..inilah senjata mase zaman dulu2...
sila baca untuk pemahaman anda...
bergambar bersama Muhyidin Yassin...hehehehe...
Gambar dengan Dato' Onn Jaafar
Pada zaman dulu radio adalah sangat penting..kerana segala informasi di beritahu melalui radio bukan televesyen....
Ucapan dari Dato' Tun Onn Jaafar kepada rakyat...
Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
Unik basikal pada zaman dulu...lengkap dengan lampu minyak,botol air untuk hilangkan dahaga...dan pam tayar kalau2 tayar terpancit di tengah jalan....
Sangat seronok pergi ke Muzium ni sedikit sebanyak telah melihat dan menambah ilmu pengetahuan....walaupun mengejar mase kerana Selepas ini akan ke Muzium Johor Lame untuk melihat2 sejarah di sane...
No comments:
Post a Comment